Pengertian sunat : Perkara yang ditentukan untuk melakukannya, jika ditunaikan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa.
Perkara-perkara sunat ketika berwudhuk.
A. Membaca: "Bismillah" yang bermaksud "Dengan Nama Allah."
B Membasuh dua tangan sekadar pergelangan.
C. Bersugi.
D. Berkumur-umur sebelum berwuduk.
E. Memasukkan air ke dalam lubang hidung.
F. Mengadap qiblat.
G. Menyapu telinga.
H. Menyelat celah-celah anak jari dan kaki.
I. Mendahulukan anggota yang di sebelah kanan.
J. Menggunakan sedikit air.
K. Tidak berkata-kata sewaktu berwuduk.
L. Menyapu keseluruhan kepala.
M. Melebihkan membasuh anggota dari had wajib.
N. Semua dilakukan dengan tiga kali berturut-turut.
O. Membaca doa :
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada yang menyengutui-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku daripada orang yang bertaubat;,dan jadikanlah aku daripada orang yang menjaga kebersihan; dan jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang soleh. Maha Suci Engkau ya Allah dengan segala kepujian-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmati serta sejahterakan junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian."