Container Icon

SUNAT-SUNAT WUDHUK


Pengertian sunat : Perkara yang ditentukan untuk melakukannya, jika ditunaikan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa.


Perkara-perkara sunat ketika berwudhuk.


A.  Membaca: "Bismillah" yang bermaksud "Dengan Nama Allah."
Membasuh dua tangan sekadar pergelangan.
C. Bersugi.
D. Berkumur-umur sebelum berwuduk.
E. Memasukkan air ke dalam lubang hidung.
F. Mengadap qiblat.
G. Menyapu telinga.
H. Menyelat celah-celah anak jari dan kaki.  
I.  Mendahulukan anggota yang di sebelah  kanan.  
J.  Menggunakan sedikit air.  
K. Tidak berkata-kata sewaktu berwuduk.  
L.  Menyapu keseluruhan kepala.  
M. Melebihkan membasuh anggota dari had  wajib.  
N. Semua dilakukan dengan tiga kali berturut-turut.
O. Membaca doa :
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada yang menyengutui-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku daripada orang yang bertaubat;,dan jadikanlah aku daripada orang  yang menjaga kebersihan; dan jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang soleh. Maha Suci Engkau ya Allah dengan segala kepujian-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmati serta sejahterakan junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian."
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Berjumpa lagi di ruang blogger ini...Post kali ini bertajuk WUDHUK.. Apakah itu wudhuk? Saya pasti semua pembaca telah mengetahui apa itu wudhuk..Melainkan non-muslim.. :) Tapi, adakah segala yang kita telah tahu sebelum ini  serupa dengan apa yang kita baca di buku-buku agama lain? Bagi sesiapa yang masih meragui cara-cara kesempurnaan berwudhuk, mari kita sama-sama mempelajarinya..


 WUDHUK/ الوضوء

Maksudwudukialah menyucikan dari hadas kecil.
Berwuduk adalah syarat sah mendirikan solat


 RUKUN WUDHUK

1)  Niat : Lafaz niat berwuduk ialah-
نَوَيْتُ الْوُضُوْءَ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku mengangkat wuduk, kerana Allah 

 
2) Membasuh muka - Iaitu mengalirkan air dari anak rambut di dahi hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kiri hingga ke anak telinga kanan.

 
3) Membasuh kedua tangan hingga ke siku (sehingga air sampai ke kulit).
4) Menyapu sebahagian kulit atau rambut di kepala.
( sunat menyapu air ke dua-dua telinga )
 
5) Membasuh dua kaki hingga ke buku lali (sehingga air sampai ke kulit).

6) Tertibsusunan dari awal hingga akhir.

 
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...